Thursday 14 June 2018

KENALI PROGRAM PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK DI KVSP2


PENGENALAN


Kursus ini memberi pendedahan pelajar dalam servis penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat prasekolah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan, keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.




MATLAMAT 


1. Matlamat bidang ini mensasarkan 70% pelajar akan memasuki bidang pekerjaan dan 20% akan
    memasuki intitusi pengajian tinggi dan 10% lagi menjurus menjadi usahawan.

2. Memberi pengetahuan , kemahiran dan nilai-nilai murni dalam bidang Sains Kemanusiaan
    khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

3. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 


OBJEKTIF



1. Pelajar lepasan kursus ini akan mendapat sijil kemahiran tahap 1 & 2 dan Sijil Vokasional Malaysia (semester 1-4) manakala Diploma Vokasional Malaysia (jika pelajar lulus dari semester 1 sehingga ke semester 8).

2. Pelajar mendapat kemahiran hands on semasa dalam latihan industri yang mana pelajar
    ditempatkan di Taska untuk menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak. 

3. Memberi peluang kerjaya kepada pelajar selepas tamat pengajian dari kolej dalam bidang yang
    berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak

4. Memberi peluang kepada pelajar mengikuti bidang yang sama di peringkat pengajian tinggi
    samada di IPTA atau IPTS



MODUL PENGAJIAN



INTRODUCTION TO EARLY CHILD CARE SERVICESWORK ETHICS AT EARLY CHILD CARE SERVICE CENTREDEVELOPMENT OF INFANTSDEVELOPMENT OF TODDLERSDEVELOPMENT OF TASKA CHILDRENBABY MILK FEEDINGTASKA CHLIDREN LEARNING ENVIRONMENTDAILY ROUTINE IN TASKASAFETY IN TASKAPLANNING ACTIVITIES FOR TASKAMENU PLANNINGTABLE MANNER AND FOODSERVING FOR YOUNG CHILDRENPREPARE FOOD FOR INFANTSPREPARE FOOD FOR TASKA CHILDRENSELECTING EQUIPMENTPREPARING EQUIPMENTRECORD MANAGEMENTCHILD FIRST AIDCHILD HEALTHCARECHILD PROTECTIONDEVELOPMENT OF TADIKA CHILDRENSPECIAL NEEDS AND CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS MANAGEMENTPARENTAL INVOLVEMENT PROJECTORGANISE LEARING ACTIVITIESADMINISTER CHILD HEALTH AND NUTRITIONAL CAREADMINISTER PROFESSIONAL AND MANAGE SAFETY AND SECURITYMANAGE HUMAN RESOURCEMANAGE CENTRE OPERATIONS AND BUSINESS STRATEGIESMANAGE CENTER OPERATION AND FINANCEMANAGE ASSETS RESOURCES AND CARRY OUT SUPERVISORY FUNCTIONSMANAGE PUBLIC RELATIONS AND ADMINISTRATIONS FUNCTIONS



PELUANG KERJAYA 


* Pengusaha/ Usahawan
* Penulis buku perkembangan kanak-kanak/buku cerita kanak-kanak dsb
* Pengurus Taska/ Tadika
* Pendidik Kanak-kanak
* Guru Tadika
* Pengasuh Taska


CARA MEMOHON


Layari laman web rasmi kementerian Pelajaran Malaysia di  http://www.moe.gov.my/  
(permohonan untuk ke kolej vokasional selalunya dibuka selepas tamatnya Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ,sekiranya permohonan tidak berjaya, dinasihatkan agar membuat permohonan rayuan.


JANGAN LEPASKAN PELUANG INI JIKA ANDA ...



 - Suka akan kanak-kanak
 - Mahu menjadi pendidik kanak-kanak
 - Ingin mempunyai Taska / Tadika sendiri
 - Ingin menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang kanak-kanak.


KETERANGAN LANJUT BERKAITAN BIDANG INI SILA HUBUNGI ...

  
Alamat  : Kolej Vokasional Sungai Petani 2,
                 Lot 82, Kg. Sungai Tukang,
                 08000 Sungai Petani, 
                 Kedah Darul Aman

Telefon   : 04 - 4429034

 Fax        : 04 - 4427681

Website  : http://kvsp2.edu.my

Email     : kha3004@moe.edu.my

2 comments:

  1. yuran untuk kemasukan kv berpa ya?

    ReplyDelete
  2. Bally's Philadelphia Casino and Racetrack Opening
    ATLANTIC CITY, 영주 출장샵 NJ – November 26, 2016 – 충주 출장안마 Bally's Philadelphia Casino and Racetrack will soon open their 충주 출장샵 doors 안성 출장샵 to the public and open the Borgata Hotel Casino & Racetrack 과천 출장마사지

    ReplyDelete